KETAHUI BENTUK BADAN ANDA DAN STAIL
Assalamualaikum dan salam Ramadhan daripada Q.
Hari ni Q nak kongsi dengan hampa semua pasa stail dan bentuk badan. Hampa pernah tau dak pasal bentuk badan hampa ni? Kalau ni first time hampa dengar pasal ni, haaa..eloklah kalau hampa baca entri Q kali ni.. Kalau yang dah tau pun, apa salahnya baca lagi, kot-kot ada ilmu baru ke nanti, hampa juga yang untung, betoi dak?
Ada beberapa term yang digunakan untuk menggambarkan bentuk badan seseorang tu iaitu;
- Ectomorph (bentuk badan yang kecil dan langsing)
- Mesomorph (Bentuk badan yang sederhana dan seimbang)
- Endomorph (Bentuk badan yang besar dan berat)

Selain tu, term yang biasa kita dengar pun ada juga iaitu;
- Bentuk Epal
Ciri-ciri orang yang mempunyai bentuk badan epal ni adalah, mereka mempunyai ukuran atas (top) yang sama dengan bawah (bottom). Jadi, orang yang memiliki bentuk badan epal dikatakan kurang mempunyai lengkuk, kata orang kurang curve macam tu lah. Jadi, nak nampak meanrik, pemilihan warna dan stail pemakaian sangatlah penting untuk menyerlahkan bentuk badan epal ni.
Tips untuk orang berbadan epal!
DIBOLEHKAN
- memakai skirt lurus
- seluar atau skirt yang boleh memeri atau stretchable
- memakai pakaian bercorak belang yang melintang (horizontal stripes) atau corak yang kecil contohnya small polka dots
DILARANG
- Memakai pekaian bercorak besar
- memakai pakaian yang bercorak padat dibahagian pinggang dan perut
- Hiasan yang sarat di bahagian dada
- Pakaian yang bercorak padat dan serabut
Manakala untuk pemilihan warna pula, warna yang sesuai adalah hitam, navy blue, chocolate brown, forest green, deep aubergine, charcoal grey dan warna monochrome.
Tips lagi, kalau hampa pakai two-pieces baju, maksudnya ada top and bottom, contohnya nak pakai skirt dengan blouse ka, hampa pakailah warna yang gelap untuk top, dan warna yang cerah sikit untuk bottom atau skirt hampa tu…hehe!
Haaa..okay next!
- Bentuk lurus / rectangle
Ciri-ciri orang yang mempunyai bentuk badan macam ni biasanya orang yang kurus dan orang yang tinggi.
DIBOLEHKKAN
- memakai baju yang berlapis supaya nampak nice je dengan body hampa yang ada badan terlalu kurus.
- Pakai pakaian yang bercorak mencantas atau melintang bagi orang yang terlalu tinggi.
- Pakai pakaian yang bercorak menegak bagi orang yang cute, which is kurang ketinggian..Hehe!
- Sesuai pakai pakaian yang berkolar.
DILARANG
- 1. Untuk orang yang kurus, hampa digalakkan untuk tidak memakai pakaian yang bercorak halus
- Elakkan baju atau seluar yang terlalu ketat, sebab nanti akan nampak sangat bentuk badan asal hampa.
Pemilihan warna yang cerah juga amat sesuai untuk hampa yang ada bentuk badan macam ni. Contohnya, pink, biru muda, kuning, merah dan oren.
Seterusnya!
- Bentuk Pear
Ciri-ciri orang yang memiliki bentuk badan pear pula adalah mempunyai bahagian atas yang kecil tetapi memiliki bahagian bawah yang besar. Senang kata, dada kecil, tpi pinggul besar. Hehe!
DIBOLEHKAN
- memakai pakaian yang mempunyai pelapik bahu untuk menampakkan dada lebih bidang
- memakai pakaian yang cerah, terang, tebal dan bercorak tebal
- Baju leher berbentuk V.
DILARANG
- Memakai blouse yang terlalu labuh
- corak pakaian yang terlalu menyeluruh
- memakai jaket dengan seluar yang ketat/ skirt
Tips kalau hampa pakai baju two-pieces yang ada top and bottom, contohnya nak pakai blouse dengan skirt, warna pakaian pun penting tau. Untuk bahagian top, seeloknya pilih la pakaian yang warna cerah atau bercorak tebal, manakala untuk bahagian bottom, cuba pilih warna yang gelap dan bercorak halus.
Akhir sekali!
- Bentuk Hourglass
Bentuk badan ini dikatakan memiliki bentuk badan yang diimpikan oleh setiap wanita. Ciri-ciri orang yang memiliki bentuk badan ini adalah, memiliki pinggang yang ramping dan mempunyai bahagian atas badan dan bawah badan yang seimbang. Kata orang, memang perfect body figure lah! Orang yang ada bentuk badan ni biasanya tak susah nak pilih pakaian sebab kebanyakkan pakaian yang ready-to-wear biasanya menggunakan saiz dan potongan bentuk ini.
Warna-warna yang sesuai untuk orang yang mempunyai potongan Hourglass ni adalah warna yang ceria seperti merah jambu, mustard, kuning lembut, biru lembut dan warna-warna yang tidak terlalu gelap.
Q rasa sampai sini ja perkongsian Q dengan hampa pasal tajuk hari ni. Harap info yang Q kongsi ni dapat bantu hampa untuk pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan hampa. Ingat!, setiap bentuk badan kita tu adalah kurniaan Allah, jadi seeloknya sentiasalah bersyukur dan cuba berusaha ke arah yang lebih baik, contohnya untuk dapat bentuk badan yang ideal.
Semoga hampa semua dapat pakai baju kurung, blouse atau baju fevered hampa setelah dapat tips dari Q hari ni yaa..
Sekian, terima kasih.
Daripada,
- J
|